2,395,543 views 129 on YTPak
923 953

Published on 31 Oct 2013 | over 3 years ago

Dihasilkan bagi tugasan Bahasa Melayu Pengurusan (SBLM1053). Semoga video ini dapat memberi kesedaran kepada kita semua. Terima kasih atas sokongan.

Sinopsis.
Seorang remaja perempuan yang telah mengabaikan nasihat seorang ayah untuk sentiasa menjaga maruah diri serta nama baik keluarga. Walaupun si ayah seorang yang bisu, namun beliau tetap inginkan dan membuat yang terbaik untuk anak gadis tunggalnya. Akibat dari pergaulan bebas dan kehidupan sosial remaja perempuan tersebut, dia akhirnya disahkan mengandung anak luar nikah. Walau bagaimanapun, teman lelakinya tidak mengaku yang anak dalam kandungan remaja perempuan itu anaknya dan tidak mahu bertanggungjawab keatas anak tersebut. Nasibnya bertambah malang apabila terjatuh dan mengalami pendarahan teruk semasa mengejar teman lelakinya. Setelah dibawa ke hospital, doktor telah memberitahu si ayah bahawa anaknya kehilangan banyak darah dan pemindahan darah harus dilakukan dengan segera. Si ayah telah setuju untuk mendermakan darahnya tanpa memikirkan kesihatannya sendiri yang kurang sihat itu. Akhirnya, ayah remaja perempuan tersebut meninggal dunia akibat terlalu lemah setelah mendermakan darah kepada anaknya. Akibat berasa sangat kecewa, remaja perempuan tersebut telah membuang bayinya ke dalam tong sampah sejurus selepas dilahirkan.

Loading related videos...
(function(){ var spoutjs=document.createElement('script'),firstjs=document.getElementsByTagName('script')[0]; spoutjs.async=1; spoutjs.src='//cdn.spoutable.com/0f93c30c-199b-4e71-90dc-dbb5de72cee5/spoutable.js'; firstjs.parentNode.insertBefore(spoutjs,firstjs) })(); */ ?>